Popular Posts

Wednesday, 2 July 2014

Bermotivasi Untuk Matlamat Diri


Kalau kita nak melancung ke satu tempat, adakah kita terus beli tiket kapal terbang dan terus pergi? Rasanya tidakkan! Mesti kita buat perancangan sebulan sebelum bertolak. Apa yang hendak dibawa, mana nak pergi, hotel nak tidur dan sebagainya.
Jika kita sanggup membuat perancangan yang rapi hanya untuk bersantai, mengapa kita tak sanggup membuat perancangan yang lebih penting tentang hidup kita dengan menulis MATLAMAT DIRI?
Kalau anda pernah mengikuti kurus tentang kejayaan, mempunyai matlamat diri adalah satu perkara utama yang akan dibangkitkan.

Jadi Mengapa Kita Mesti Ada Matlamat Diri?
www.jamususukdara.my
Apabila anda mengambil sedikit masa untuk menulis tentang matlamat diri, ianya menjadi satu fenomena yang paling penting dalam hidup anda. Dan secara kebetulan, setiap orang hebat yang berjaya mempunyai matlamat masing-masing. Ini mungkin menjadi satu pembakar semangat untuk anda.
Apakah Matlamat Diri?
Matlamat adalah perkara yang yang ingin anda lakukan dalam hidup anda, dan dengan MENULIS matlamat tersebut diatas kertas, anda menjadikan ianya lebih jelas dan bagaimana anda mahu melaksanakannya.
Kebanyakan daripada kita mempunyai idea yang kabur apa yang hendak kita capai dalam hidup. Mereka menyimpan idea yang tak jelas ini dikepala sepanjang masa. Oleh sebab idea yang kurang jelas, tindakan juga akan menjadi kabur dan sebab itu ianya kurang efektif.
Matlamat Diri Akan Fokuskan Minda
Jadi dengan menulis matlamat diri diatas kertas memberikan anda sebab apa yang ingin anda capai dalam hidup. Jadi selepas anda tahu apa yang perlu dibuat, anda boleh mencari jalan untuk melaksanakan matlamat tersebut.
Ianya akan menjadi seperti peta dan kompas untuk anda pergi kesatu-satu destinasi dalam kehidupan anda. Tanpa peta dan kompas, anda bakal kehilangan fokus dan tidak tahu kemana anda akan pergi.
Inilah nilai sebenar sesuatu matlamat diri, ianya akan menolong anda fokus dan langkah demi langkah untuk mencapai kejayaan. Anda juga boleh mengawal destinasi yang ingin anda pergi, daripada terumbang-ambing seperti daun yang ditiup angin.
Jadi, ambil sehelai kertas sekarang dan tuliskan paling kurang 5 perkara matlamat yang ingin anda capai dalam hidup. Saya berani jamin, setahun daripada sekarang apabila anda lihat kembali kertas ini, sekurang-kurang anda telah mencapai 1 daripada matlamat anda.

No comments:

Post a Comment