“People often say that motivation doesn’t last. Well, neither does bathing – that’s why we recommend it daily.” – Zig Ziglar
Motivasi diri seringkali turun dan naik.
Kadang-kadang kita bersemangat tinggi untuk membuat sesuatu. Namun,
semangat yang pada mulanya tinggi tadi tiba-tiba hilang atau semakin
berkurang seiring dengan perubahan masa.
Ya, itulah fitrah sifat kita. Sebagaimana iman seseorang yang
sentiasa turun dan naik, motivasi juga bersifat turun dan naik. Ia perlu
sentiasa diberikan ‘baja’ supaya sentiasa subur dan semakin tinggi.
Oleh sebab itulah, ramai orang yang sentiasa mencari cara-cara untuk
meningkatkan motivasi diri, keyakinan diri, kepercayaan dan juga jati
diri mereka.
Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi mengembalikan
semangat dan keyakinan diri. Ia termasuklah dengan menyertai seminar
atau kem motivasi, mendapatkan nasihat daripada pakar motivasi,
mengikuti kaunseling, berkawan dengan orang yang bermotivasi tinggi,
atau dengan cara yang paling mudah tetapi amat berkesan ialah dengan
membaca buku-buku motivasi.
Supaya kita sentiasa kekal bermotivasi dan bersemangat, kita perlu
sentiasa mengamalkan membaca buku-buku motivasi setiap hari. Terdapat
banyak pilihan buku-buku motivasi di pasaran.
No comments:
Post a Comment