BUASIR Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang
terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia
mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit,
perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi
tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang
atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu
meneran.
JENIS-JENIS BUASIR
BUASIR LUARAN
Lazimnya, buasir ini tidak terasa
sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak
merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air
besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya
berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada
kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat
bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain
seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.
BUASIR LUARAN
Buasir jenis inilah yang selalu kita
dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur.
Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan
terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah
yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan.
Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya
buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini
akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan
berbanding dengan yang dahulunya.
PENYEBAB UTAMA
* Sentiasa duduk * Meneran (ketika
najis keras atau sembelit)
* Cirit-birit
* Duduk mencangkung di dalam tandas
terlalu lama
* Batuk yang teruk
* Bersalin
* Mengangkat berat * Pengamalan seks
melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual.
FAKTOR RISIKO
Anda mempunyai risiko yang lebih
tinggi untuk mendapat buasir jika anda :-
* Mempunyai ahli keluarga yang ada
buasir
* Mengandung
* Mengalami batuk yang melampau dan
berpanjangan * Meneran semasa membuang air besar.
Ini merupakan sebab paling biasa untuk
mendapat buasir.
TANDA-TANDA DAN GEJALA-GEJALA
Gumpalan lembut atau
gumpalan-gumpalan boleh dirasai sekitar bahagian dubur. Rasa gatal atau pedih
di sekitar dubur.Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya selepas atau
semasa membuang air besar diikuti rasa perit dan sakit.
PENCEGAHAN
Mengelak dari melakukan
perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir. Amalkan petua-petua
berikut:
Jika pekerjaan anda memerlukan anda
sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan
sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya
dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
Hembuskan nafas keluar apabila anda
ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
Dapatkan rawatan awal untuk mengawal
batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas
masalah ini berpanjangan.
Jadikan sebagai satu peraturan:
Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda
mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda
ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang
baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.
Jika langkah-langkah ini gagal anda
perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi
keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi
amat mengazabkan.
ANDA BOLEH MENCUBA MERAWAT BUASIR DENGAN "MASKER VAGINA @MAGIC POWDER :)



No comments:
Post a Comment